Pages

Wednesday, June 23, 2010

Tahniah Kepada NWM Fong Mi Yen!

Kejohanan Catur Kebangsaan (National Chess Championship) telah berlangsung bermula pada 16 Jun dan berakhir pada 20 Jun yang lalu bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perak telah menghantar pemain-pemain bagi kategori lelaki dan perempuan. Sebanyak 9 pusingan Swiss telah dijalankan.

Dalam kategori wanita, Fong Mi Yen telah berjaya menjadi johan dan dianugerahkan gelaran National Women Master (NWM). Beliau mendapat 7.5 mata daripada 9 pusingan. Antara pemain yang berjaya beliau tewaskan ialah Kwan Tszee Yeung, Hoh Tjin Li, NWM Tan Li Ting, NWM Alia Anin dan Haslindah Ruslan.

Bagi kategori lelaki, kedudukan terbaik hanya berjaya mencapai tempat ke-10 oleh Ahmad Fadzil Nayan dan tempat ke-11 oleh Sumant Subramaniam. Kedua-dua mereka berjaya mengumpul 6 mata daripada 9 pusingan.

Diharapkan pada masa akan datang lebih ramai lagi pemain daripada negeri Perak berjaya mendapat gelaran National Master (NM) dan National Women Master (NWM). Untuk berita lanjut, boleh merujuk di laman web http://nc-2010.blogspot.com/.

*Gambar diambil dari laman web : http://nc-2010.blogspot.com/.